Selasa, 31 Mac 2009
Sekadar mahu berkongsi....Program IKIM..
Jumaat, 27 Mac 2009
Tanda-tanda wanita yang baik..
1) Bentuk kepalanya bulat
2) Wajahnya membulat bagaikan bulan purnama
3) Dahinya rata dan serasi
4) Matanya agak lebar memanjang, tetapi manis dipandang. Sorotan matanya berkilau tajam, jarang mengerdip dan jarang memandang sesuatu dengan lirikan mata.
5) Keningnya memang agak lurus dan bulu matanya rapi.
6) Hidungnya lurus dan agak mancung serta garis sisi kanan dan kiri hidungnya kelihatan jelas.
7) Lebar mulutnya berukuran sederhana. Bibirnya selalu tertutup sehingga giginya terlindung. Namun, tetap nampak berseri-seri. Bibirnya rata dan tidak cembung.
8) Telinganya tebal dan bentuknya menarik
9) Bentuk dagunya menarik dan daging bawah dagunya tebal.
10) Jari-jemarinya meruncing tetapi kukunya tebal.
11) Telapak tangannya juga tebal. Nmun bahagian tengahnya halus bagaikan sutera.
12) Bentuk tapak kaki dan jari-jemarinya elok, tetapi mengenai jari-jemarinya ini, tebal tetapi lembut dan kaku jika ditekap.
13) Kukunya juga jenis tebal.
14) Badannya lebar dan daging punggungnya tebal..(berisi)
15) Rangkanya sederhana atau halus dan kulitnya halus tetapi padat.
16) Jika ketawa, badannya tidak terhinjut-hinjut atau tidak bergerak-gerak..
17) Duduknya teratur. Jika sedang duduk bersimpuh, kakinya rapat dan rapi.
Dipetik dari buku- 1001 RAHSIA DI SEBALIK TIRAI WANITA
Group blog
Da lama saya tak jenguk dan update blog saya ni..so sorry sebab bz sgt dgn assignment yang bertimbun-timbun2, pas2 dgn blog grOup lagi..aha...bercakap pasal blog group ni, saya n my gang da berjaya menyiapkan satu blog group yang diberi nama ~QME-STRATEGY~...saya selaku eksekutif penganalisis ditugaskan untuk mereka satu blog yg agk mnrik dan unik untuk grOup kami...
klu korang sume nak jenguk blog kami tu, mai la singgah...http://qme-strategy.blogspot.com
Khamis, 12 Mac 2009
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kolej
Dicatat oleh puteri lindungan bulan di 7:37 PTG 0 ulasan
Label: MAULIDUR RASUL
11 Tips2 dalam bErkapEL..
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar terhadap pasangan anda
Cukup jelas…Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.
Rabu, 11 Mac 2009
CEMBURU LELAKI MENGIKUT ZODIAK
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…
Aquarius
Aries
Taurus
Gemini
Cancer
Leo
Virgo
Libra
Scorpio
Sagitarius
Capricorn
Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

Dahi Jendol
Dahi sempit
Dahi lebar
Dahi bersegi
Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Dahi dengan juntaian anak rambut
Ada apa dalam kotak?
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Moral:Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)
Khamis, 5 Mac 2009
bEtul ke lelaki sUka pegang-pegang??
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang perihatin. Perihatin pada kekasih dorang. Kalau boleh, dorang memang nak jaga semua. Taknak ada luka-luka, parut-parut, segalanya. Kurang cantik katanye kalau ada parut-parut ni. Kan bagus lelaki korang tu.
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang suke melindungi perempuan. Kalau dalam hujan, sape yang pegangkan payung untuk korang? Lelaki ke perempuan? Mesti la lelaki. Lelaki ni memang romantik lagi pun. Die tahu yang perempuan memang memerlukan die. Tu pasal die sanggup pegangkan payung walaupun die akan basah kuyup. Kan bagus lelaki korang tu.
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang rajin. Kalau korang makan kat KFC atau McD, sape yang akan pegang dan angkat tray makanan tu? Mesti la lelaki. Dorang tahu perempuan tak larat nak angkat tray tu. Lagi pun dorang sayang pada korang. Dorang tak nak la korang penat-penat angkat tray makanan yang tak la berat mana pun. Ciput je beratnye. Kan bagus lelaki korang tu.
Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni kan kuat. Tough pulak tu. Tu pasal kalau korang gi shopping barang-barang dapur, lelaki jugak yang angkatkan barang-barang masuk dalam boot kereta. Tak perlu korang susah-susah nak angakut-angkut barang ni. Korang just tolong tolak troli je. Tu pun ada lelaki yang sayang sangat kat isteri die sampai troli pun die tolakkan. Kan bagus lelaki korang tu.
Dan last sekali, lelaki ni bukannya ape. Dorang kan penyayang. Sape la yang tolong pegang dan pimpin tangan korang kalau korang sakit. Die jugak la yang akan tolong pimpinkan tangan korang nak ke hospital ke, nak ke toilet ke, nak gi duduk kat meja makan ke. Dorang ni memang penyayang. Even kadang-kadang tu, dorang akan dukung korang kalau korang tak larat sangat. Kan bagus lelaki korang tu.
Rabu, 4 Mac 2009
Perkara yang Lelaki sUka n tak sUka pasal Wanita

Lelaki suka:
1.Sikap kelakar
2.Budi pekerti dan kesopanan
3.Murah hati
4.Senyuman manja
5.Pandai memasak
6.Pandai dalam mengenakan pakaian
7.Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8.Tak mudah naik angin
9.Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak.
10.Tak terlalu seksi dalam berpakaian
11.“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
12.Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
13.Berwawasan atau bercita-cita tinggi
14.Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15.Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
16.Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
17.Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
18.Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
19.Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
20.Sikap keibuan
21.Sukakan kanak-kanak
22.Suara lembut tanpa dibuat-buat
23.Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
24.Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
25.Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
26.Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
27.Tahu bersyukur
28.Pandai berjimat-cermat
29.Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
Wanita yang suka mengumpat
Sombong dan bongkak
Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
Hisap rokok
“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
Wanita yang hipokrit
Pembohong dan suka mencari alasan
Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
Pengotor dan pemalas
Tak bertanggungjawab langsung
Tak pandai mengemas
Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
Kuat berleter walau hal remeh temeh
Boros berbelanja
Tak tahu memasak
Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
“Queen Control” atau suka mengarah-arah
Tak pandai bergaya atau selekeh
Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
Panas baran
Kuat merajuk dan sukar dipujuk
Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
Tak mahu mengakui kesilapan dan ego
sUka @ cintA?????
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita sukamenangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhentimenyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
wAnita pAntang biLe..............................
Suka menyampuk
Memerintah
Bergurau kasar
Cepat naik berang
Cakap besar
Suka mengawal
Ego sebesar gajah
Tidak suka meluah emosi
Buat wanita rasa bersalah
Lokek beri pujian
Pengotor
Lupa hari-hari istimewa
Tidak tunjuk rasa kasih
Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!
Rahsia Wanita Melalui Cara Mereka Berjalan.......

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
antara cinta dan sahabat...

Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana di mana ada Cinta, Persahabatan selalu berada di sampingnya. Dan di mana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.Pada suatu hari, Persahabatan mula berfikir bahwa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.
?hemmmm? Seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku.? fikir si Persahabatan. Sejak hari itu, Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.
Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian.
Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mulai memualkan.Persahabatan menyedari bahwa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.
Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta.
Dipendekkan cerita, Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.
Moral:Mampukah Persahabatan tanpa Cinta?Mampukah Cinta tanpa Persahabatan?
Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, ?Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!?. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara seorang lelaki dan wanita.
Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda.
Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan. Buat teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan. Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.
Buat teman-teman yang sedang mengalami masalah dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! Tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Buat teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan, cubalah memulakan sebuah persahabatan. Dengan persahabatan,anda akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.
Buat teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan. Renungkanlah;?Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar??Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahmlembutan dan segala hal yang baik akan anda temui dalam persahabatan.
Ahad, 1 Mac 2009
Prihatin membawa padah
Petikan ini dikirimkan oleh sahabat sy.....
Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri
Dicatat oleh puteri lindungan bulan di 4:55 PG 0 ulasan
Label: Peringatan untuk semua