CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 27 Mac 2009

Tanda-tanda wanita yang baik..


Mengikut pakar-pakar kewanitaan, wanita yang dikatakan baik itu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1) Bentuk kepalanya bulat
2) Wajahnya membulat bagaikan bulan purnama
3) Dahinya rata dan serasi
4) Matanya agak lebar memanjang, tetapi manis dipandang. Sorotan matanya berkilau tajam, jarang mengerdip dan jarang memandang sesuatu dengan lirikan mata.
5) Keningnya memang agak lurus dan bulu matanya rapi.
6) Hidungnya lurus dan agak mancung serta garis sisi kanan dan kiri hidungnya kelihatan jelas.
7) Lebar mulutnya berukuran sederhana. Bibirnya selalu tertutup sehingga giginya terlindung. Namun, tetap nampak berseri-seri. Bibirnya rata dan tidak cembung.
8) Telinganya tebal dan bentuknya menarik
9) Bentuk dagunya menarik dan daging bawah dagunya tebal.
10) Jari-jemarinya meruncing tetapi kukunya tebal.
11) Telapak tangannya juga tebal. Nmun bahagian tengahnya halus bagaikan sutera.
12) Bentuk tapak kaki dan jari-jemarinya elok, tetapi mengenai jari-jemarinya ini, tebal tetapi lembut dan kaku jika ditekap.
13) Kukunya juga jenis tebal.
14) Badannya lebar dan daging punggungnya tebal..(berisi)
15) Rangkanya sederhana atau halus dan kulitnya halus tetapi padat.
16) Jika ketawa, badannya tidak terhinjut-hinjut atau tidak bergerak-gerak..
17) Duduknya teratur. Jika sedang duduk bersimpuh, kakinya rapat dan rapi.
Dipetik dari buku- 1001 RAHSIA DI SEBALIK TIRAI WANITA

0 ulasan: