CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 23 Februari 2009

Apakah jawapan puteraku itu?

Khalifah Harun Ar-Rasyid merupakan khalifah Bani Abassiah yang amat cintakan ilmu. bersama permaisurinya, Zubaidah, baginda memperoleh dua orang putera iaitu Al-Makmun dan Al-Amin. kedua2nya itulah yang bakal menggantikan baginda sebagai khalifah. Tetapi soalnya, siapakah yang lebih layak?
Sebagai persediaan mengambil alih jawatan, khalifah Harun Ar-Rasyid memberikan didikan yang sempurna kepada putera-puteranya itu. Para cendekiawan dari seluruh pelosok dunia juga dipanggil untuk memberi ilmu kepada kedua2 puteranya itu.
Suatu hari, Khalifah Harun memanggil semua guru putera2nya itu dan meminta mereka memberikan pandangan siapakah yang layak menggantikan tempat baginda. Kesemua guru tadi sepakat mengatakan yang Al-Makmun lebih layak. Para pembantu kedua2 puteranya juga bersetuu bahawa Al-Makmun lbih layak.
Tetapi? benarkah demikian? Permaisuri Zubaidah meminta khalifah Harun menyelidik dengan lebih mendalam....Baginda terus bersetuju lantas memanggil ketua pengasuh Al-Amin.
Kata Khalifah Harun," Wahai wanita budiman, cuba kau berpura-pura kepada puteraku Al-Amin, kononnya kau telah diberitahu bahawa jawatan khalifah akan diberi kpdnya...lihat bagaimana reaksinya nanti...". Arahan yang sama juga diberi kpd pengasuh Al-Makmun.
Apabila ketua pengasuh Al-Amin pulang selepas menyempurnakan arahan tersebut, khalifah Harun terus bertanyakan tentang reaksi puteranya itu. Jawab pengasuh tersebut....
"Wahai Amirul Mukminin, Al-Amin berjanji akan memberiku hadiah yang sangat besar seandainya dia menjadi khalifah kelak." Harun terkejut mendengar penjelasan pengasuh itu. Dia mengalih kpd pengasuh Al-Makmun pula.
"Bagaimana pula dengan Al-Makmun?"tanya Harun.
Jawab pengasuh tersebut,"Wahai Amirul Mukminin, puteramu amat berdukacita apabila mendngar berita itu. Al-Makmun berkata dengan penggantian jawatan itu, ini akan bererti kematian ayahandanya."
Khalifah Harun tersenyum, memang Al-Makmun yang layak menggantikannya....

0 ulasan: